"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usia Negeri Pakatan Rakyat hanya tinggal 2 Tahun

mohdnoorawang
Negeri pakatan rakyat bakal menjadi pena sejarah dan berada dilibatan sejarah demokrasi ala Malaysia. Jika diambil kira sudut politik dan pemikiran politik rakyat umum, pakatan rakyat yang disertai secara tak formal PAS, DAP, PKR bakal hilang negeri yang dikuasainya. Ini diambil kira suasana politik pakatan rakyat terutama PKR bakal menjadi parti melukut di tepi gantang atau bernafas tapi lemas dan melanda masalah serius. Tidak dapat ditutup lagi PKR sedang bergesaran dengan DAP.

Jelas pakatan rakyat satu pakatan yang yang rapuh. Gelombang yang melanda beberapa wakil rakyat PKR dengan DAP cukup serius. Jika senario ini tidak dibendung oleh ketua parti pakatan rakyat satu melapetaka bakal kalah dalam pilihanraya umum yang ke 13. Hanya ada 2 tahun sahaja lagi rakyat akan membuat pilihan untuk bersama dengan pakatan rakyat atau barisan nasional. Dua tahun tidak lama. Jentera barisan nasional telah dan mula mengira kemenangan. Segala propaganda politik dan propangada saraf telah dilakukan oleh jentera barisan nasional.

Negeri Selangor, Negeri Kedah, Negeri Perak kembali kepada kerajaan Barisan Nasional berkuasa penuh pada pilihanraya umum yang ke tiga belas atau pada tahun 2012. Negeri Pulau Pinang dibawah ketua menteri Lim Guan Eng bergantung pada pengundi bangsa China, Jika bangsa China memilih BN. peluang DAP hancur.

Hanya satu negeri sahaja yang selamat, negeri Kelantan. Umno dan BN sedikit sukar untuk menawan Kelantan. Kerana isu royalti minyak menjadi pemakin talihayat politik Kelantan. PAS masih mendominan kuasa dan politik PAS dinegeri Kelantan.

Dalam masa tinggal dua tahun untuk menghadapi PRU 13 pakatan rakyat seharusnya mengurangkan pergeseran diantara parti masing-masing. UMNO dan BN telah menghidu kelemahan pemimpin pakatan rakyat malah penduduk melayu dinegeri Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang hampir 75 peratus menolak PKR dan DAP. Malah parti PAS juga ditolak secara terang semenjak sekian lama di negeri tersebut .

Kisah Datuk Seri Anwar yang dituduh liwat oleh kerajaan umno dan BN tidak memberi impak yang besar kepada pengundi terutama kaum melayu. Malah isu liwat tidak menjejaskan kerajaan umno dan BN dibawah Datuk Najib Razak. Sokongan yang padu bakal diberi oleh pengundi kepada UMNO dan BN pada tahun 2012.

Untuk itu kami sarankan kepada pemimpin DAP, PKR, PAS kembali duduk semeja mencari kata sepakat dan hindarlah bergeseran diantra wakil rakyat dan pemimpin parti masing-masing. Dua tahun tidak lama. Ada sedikit berbedaan jangan jadi peribahasa melayu "seekor kerbau membawa lumpur terpalik semua kawanan kerbau". Dan jangan jadi fikiran kerbau jadikan fikiran seekor kancil yang cerdik dan hebat tipu helahnya.

Tiada ulasan: