Seluruh rakyat Malaysia yang peka telah lihat betapa proses keadilan dan proses bicara mahkamah di Malaysia bagaikan sarkas. Jelas badan kehakiman dilacur oleh pemimpin UMNO demi menyelamat pehak tertentu dalam perkara tertentu. Bermula zaman Tun Mahathir badan kehakiman dan mahkamah mengikut telunjuk pemimpin yang berkuasa dalam memutuskan sesuatu kes. Namun satu lagi episod duka badan kehakiman dan mahkamah mengikut telunjuk pemimpin yang berkuasa untuk menentukan sesuatu kes oleh Datuk Seri Najib Razak idolanya Tun Mahathir.
Permohonan bantahan awal telah dibuat oleh Datuk Jamil Khir Baharun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Shamsuddin Husain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan Datuk Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan. Ketiga-tiga badut ini telah menfaikan permohonan bantahan di pejabat Pendaftar Mahkamaaifulh Tinggi Syariah.
Mengapa permohonan qasaf Anwar Ibrahim untuk membicarakan pertuduhan liwatnya bersama Saiful dibantah oleh Datuk Jamil bersama dua yang lain untuk dibicarakan mengikut undang undang yang sedai ada di Mahkamah Tinggi Syariah. Datuk Jamil tidak bertindak keseorangan dalam hal ini, Orang yang berkuasa berada dibelakang Datuk Jamil ialah perdana menteri Datuk Najib Razak. Dengan itu untuk menyelamat kedudukkan dan pangkat Jamil dan kedua orang tersebut perlu membuat sesuatu agar Najib tidak diperangkap dalam isu qazaf. Malah Jamil, Husain dan Che Mat perlu mencari jalan untuk mengagalkan proses qazaf yang dituntut oleh Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan