"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Terlupa Siapa perompak Kerajaan PR Perak

sofiwahab
Najib Razak berkata dalam sistem mahkamah negara, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kedudukan Dr. Zambry hari ini.

Katanya, inilah hakikat yang perlu diterima. Menurutnya sudah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada kepimpinan Dr. Zambry untuk menunjukkan kemampuan membela rakyat Perak dan membangunkan negeri.

Beliau juga berkata terserahlah bila sampai masanya, yakni bila Pilihan Raya Umum, rakyat boleh buat keputusan yang sebenarnya.

Ini yang hendak saya ulas.

Apakah Najib menyangka rakyat bodoh dan bengap macam sesetengah JKKK Umno di kampung-kampung. ?

Najib menyangka rakyat buta dan tidak ada maklumat?

Bukankah kerajaan PR pimpinan Nizar adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum 2008, tetapi oleh kerana BN tidak dapat menerima kekalahan itu BN berusaha bermacam-macam cara untuk menidakkan mandat rakyat sehingga akhirnya ketiga-tiga manusia yang tidak bermaruah itu bertindak mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan DAP, menyokong BN. Bukankah itu kerja BN?

Najib jangan sangka rakyat tidak tahu akan cerita sebenar hal tersebut.

Sama juga dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh PR. Berbagai usaha dirancang supaya kerajaan-kerajaan tersebut runtuh. Mengapa Najib tidak mengarahkan wakil-wakil rakyat BN supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri PR bagi membangungkan negeri-negeri tersebut demi kepentingan rakyat.

Mengapa Najib tidak mengamalkan semangat 1Malaysia dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tanpa segan-silu wang royalti minyak dirompak ditukar dengan wang ehsan, peruntukan untuk ahli parlimen PR din.afikan, pelbagai diskriminasi dikenakan kepada kerajaan PR, JKKP dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ditubuhkan di negeri-negeri PR. Semua ini tidak menggambarkan semangat 1Malaysia. Tetapi di Perak Najib menyeru PR supaya bekerjasama dengan kerajaan BN Perak. Bukankah ini 'double standard' namanya.

http://mutaligat.blogspot.com

Tiada ulasan: