"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PERC: Muhyiddin Nafi Ketika Rakyat Akui

Majoriti rakyat Malaysia mengetahui Laporan Firma Perunding Risiko Politik dan Ekonomi (PERC) berpangkalan di Hong Kong yang melabel Malaysia sebagai negara yang semakin tidak stabil, memang menggambarkan suasana sebenar negara ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Boon Chye menyifatkan penyangkalan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai tindakan mengarut kerana laporan itu jelas berasas.

Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui masalah berkaitan integriti institusi kehakiman, kemelut isu kalimah Allah dan kehilangan enjin pesawat yang disentuh dalam Laporan PERC.

"Ramai rakyat peringkat bawahan tahu ada masalah besar. Dari segi BN lawan rasuah, sistem kehakiman dan krisis ekonomi. Memang rakyat tidak yakin BN berupaya melawan masalah," katanya kepada TV Selangor.

Ahli Parlimen Gopeng itu, bagaimanapun kesal kerana semua pemimpin Umno termasuk Muhyiddin hanyut dalam sindrom penafian dan enggan mengakui masalah, apatah lagi memperbetulkannya.

"Ini tidak membantu memulihkan keyakinan pelabur asing. Kalau pimpinan utama BN masih tidak mengakui ada masalah, ini adalah masalah," katanya.

Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini, menyangkal Laporan PERC yang dianggapnya mengarut, bahkan menggambarkan kandungan laporan itu sebagai 'bercakap melalui hidung'.

Laporan PERC yang dikeluarkan akhir Januari lalu memberi gambaran situasi di Malaysia semakin tidak stabil, dengan antaranya merujuk kes konspirasi kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu serangan gereja dan masjid serta kecurian enjin pesawat.

Laporan itu juga menyatakan ia berpunca dari gelagat segelintir elit yang menguasai pentadbiran hingga menjejaskan minat pelabur dan tidak negara selain Malaysia yang terjejas lebih teruk.
-tvselangor-

Tiada ulasan: