"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak RPK tidak perlu dibedah

Doktor yang merawat Raja Azman Raja Petra mengambil keputusan tidak perlu menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan mata pisau cukur di dalam perutnya.

Menurut peguam itu, doktor berkenaan berpendapat mata pisau yang patah dua itu perlu dibiarkan keluar secara semula jadi.

Peguam yang tidak ingin dikenali itu menambah, anak kepada penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin itu kini stabil.

Raja Azman, yang kini ditahan reman, antaranya atas tuduhan mencuri, kini dikawal ketat dengan digari ke katil serta dikawal oleh pengawal penjara di Hospital Sungai Buloh.

"Kami sedang memohon untuk menemui beliau dalam tempoh sambutan Tahun Baru Cina," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Raja Azman sebelum ini dilaporkan menggunakan mata pisau cukur itu untuk mengelar pergelangan tangannya sebelum menelan mata pisau tersebut.

Bagaimanapun, masih belum diketahui bagaimana Raja Azman memperolehi mata pisau tersebut semasa dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Raja Azaman juga dilaporkan berada di wad Hospital Sungai Buloh sejak insiden tersebut berlaku pada malam Selasa lalu.

Ketua polis Gombak Abdul Rahim Abdullah mengesahkan Raja Azman dikesan dalam keadaan lemah oleh warder Penjara Sungai Buloh selepas insiden tersebut berlaku.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: