Jamil Khir serta Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, memfailkan permohonan bantahan awal itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, petang tadi melalui Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir.
Peguam-peguam mereka Zainul Rijal Abu Bakar, Roslizam Rahim dan Mohd Firdaus Mohd Arifin hadir di mahkamah bagi memfailkan permohonan itu.
Zainul Rijal memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 17 Feb untuk sebutan permohonan bantahan itu.
Beliau berkata pihaknya akan menyerahkan salinan bantahan awal itu kepada peguam syarie Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman, esok.
Pada 7 Jan lepas, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin, selaku Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, supaya mendakwa bekas Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.
Dalam permohonan itu juga Anwar turut menamakan Shamsuddin, Jamil Khir dan Che Mat sebagai responden.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahu atau kedua-duanya.
Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat juga memfailkan satu afidavit bersama bagi menyokong permohonan bantahan awal itu.
Dalam permohonan bantahan awal itu, selain memohon membatalkan permohonan qazaf oleh Anwar, ketiga-tiga mereka juga mahu supaya peguam Zulkifli Noordin, yang turut mewakili Anwar dalam permohonan qazaf itu, digugurkan daripada barisan pembelaan itu dengan alasan Zulkifli berkemungkinan akan dipanggil menjadi saksi dalam permohonan qazaf.
Mereka juga berkata bahawa terdapat konflik kepentingan kepada Zulkifli dalam permohonan qazaf itu.
Mereka juga berkata Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal.
Ketiga-tiga mereka juga berkata terdapat ketidakpatuhan dalam prosiding permohonan itu dan juga terdapat salah aturan dalam memulakan prosiding itu.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan