"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecat duta: Negara jual kemerdekaan diplomatik rakyat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Feb:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pemecatan diplomat veteran Duta Mohd Arshad Manzoor Hussain menghantar isyarat kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia telah menjual kemerdekaan diplomatik rakyatnya.

Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, ini kerana pemecatan itu belum pernah lagi terjadi.

Katanya, penyingkiran Mohd Arshad kerana beliau mengundi bersama-sama Cuba dan Venezuela merupakan peristiwa yang cukup malang.

“Beliau telah melalui suatu kerjaya khidmat yang panjang dan terkenal dengan ketokohannya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Secara peribadi, tambahnya, Mohd Arshad mempertahankan tindakannya mengundi itu seiring dengan prinsip-prinsip yang diangkat dalam Gerakan Negara-negara Berkecuali, yang mana selama ini Malaysia merupakan anggotanya yang cukup bersungguh-sungguh sekali iltizamnya.

Justeru, katanya PKR menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengisytiharkan pendirian kepada umum, sama ada Malaysia telah membuang prinsip negara berkecuali dan menyerahkan kedaulatan negara kepada kehendak serta keinginan kuasa besar dunia.

Tiada ulasan: