chegubard
Pilihan raya Kecil Hulu Selangor sudah berlalu, banyak ulasan diberikan tetapi amat sedikit yang melihat bagaimana pilihanraya kini makin menyerlahkan imej perlawanan kuasa kapitalis (pemodal) besar pro regim melawan rakyat tertindas.Di Bandar Sg. Buaya contohnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) secara terang terangan membuka bilik gerakan menyokong calon Bn dan menaja barangan kempen Bn.
Di Kawasan Gugusan Felda pula Syarikat Air Selangor (Syabas) secara terang - terangan menaja konvoi - konvoi motorsikal anak muda menyokong Bn.
Ini berlaku kerana kapitalis -kapitalis besar ini makin terasa ketakutan jika Bn hilang kuasa mereka tidak akan mendapat ruang yang seselesa kini dalam bab memunggah kekayaan negara dengan memeras rakyat.
Pemegang saham PLUS sudah tentu berdepan dengan penstrukturan semula harga tol yang pasti akan diturunkan dan perjanjian akan disemak semula, itupun kalau PLUS tidak terkubur terus jika Bn kalah.
Tan Sri Rozali tentu panik berdepan dengan kemungkinan Bn hilang kuasa. Tauke syabas ini yang berpendapatan RM 5.1 juta setahun tentu takut hilang sumber wangnya.
Jika Bn terus berkuasa Tan Sri Rozali tentu terus selesa mencekik wang rakyat. Malah jika Bn berjaya rampas Selangor semula pasti tarif air berjaya dinaikkan seperti yang didesak Syabas konon kerana untung tak cukup.
Di Sibu, khabarnya Najib dah jumpa kelompok taikun kaya raya yang dikenali sebagai Wong Tuck Koon (WTK), KTS (pemilik Oriental Daily) dan Evergreen (pemilik Nan Yang).
Apakah isyarat ini juga menunjukkan bahawa Bn sudah memberikan jaminan selamat atau signal ugutan kepada kumpulan pemodal yang sedia ada yang sedang mencekik rakyat dengan megarahkan sokong Bn sepenuh hati atau jika Bn hilang kuasa, maka pemodal juga akan hilang ruang bermaharajalela.
Di Sibu bukan satu rahsia tauke balak dan taikun serta 'taiko' kaya disebalik penaja kempen Bn.
Maka bangkitlah rakyat tertindas. Perlawanan kelas makin jelas!
http://chegubard.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan