"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahsia sebenar polis tertembak orang awam

rozmal
Tidak bolehkah kita berserah kepada Qada dan Qadar Allah. Pasti setiap peristiwa yang berlaku itu ada rahsia ketetapan Allah. Dalam dua kes kejadian polis tertembak orang awam , di Shah Alam dan di Seremban, yang ditembak orang Islam , yang melepaskan tembakan adalah orang Islam.

Adakah ianya kebetulan, atau satu ketetapan Allah ?

Jangan kita terlalu cepat menghukum mana-mana pihak, kerana kita tidak berada di tempat kejadian. Jangan kita menghukum mangsa, jangan kita cepat juga menghukum polis.

Kerna kedua-dua pihak yang terlibat ialah orang Islam. Pandanglah kedua-dua pihak dengan perasaan kasih sayang, bukan dengan perasaan benci. Kedua-dua belah pihak ada keluarga, ada emak dan ayah, juga anak dan isteri.

Jadilah kita orang yang menyelesaikan masalah. Janganlah kita jadi syaitan atau jin ifrit yang menambahkan masalah dan menambahkan lagi perasaan benci sesama kita umat Islam.

Ketua kedua-dua belah pihak terutama ketua kaum, ketua polis, menteri, kalau dah hilang punca, mohon munajatlah pada Allah. Kalau tak tahu caranya, jumpalah alim ulama yang cintakan akhirat. Kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku ini adalah rahsia ketetapan Allah.

Rozmal bin Malakan

Seremban http://waghih.blogspot.com

Tiada ulasan: