"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kaitkan Wahabi dengan JI, teroris agenda musuh Islam

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Jun:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.

Mengulas laporan portal berita Malaysiakini hari ini beliau berkata, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.

"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda barat dan musuh Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika di temui di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi.

Laporan Malaysiakini semalam turut mengaitkan Tuan Guru Abdul Hadi dengan "lingkaran Wahabi, JI" berdasarkan sumber mesyuarat anti-keganasan di Bukit Aman, Isnin lalu.

Mengulas laporan itu, Tuan Guru berkata "Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.

"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan isu JI ini timbul, ada kaitan dengan pilihan raya.

Menurutnya, Umno BN cuba mengaitkan Islam dengan terorisme bagi menakutkan orang bukan Islam dengan PAS yang dilihat semakin mendapat sokongan golongan itu.

"Dalam konteks kita, isu JI ini dibangkitkan supaya orang bukan Islam takut kepada PAS.

"Mereka cuba melabelkan PAS sebagai ekstremis, ini agenda BN," katanya.

Tiada ulasan: