Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Selepas Johor, Umno Perak dan Kedah, Pemuda Umno pula memecahkan sokongan mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak apabila secara terbuka menentang keputusan beliua meluluskan lesen judi untuk bola sepak.
“Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat pihak swasta bahawa kerajaan bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen itu,” katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di sini, semalam.
Sebelum ini, Umno Johor pimpinan Datuk Seri Abdul Ghani Othman telah membuat bantahan yang sama.
Namun yang memeranjatkan adalah Perak turut membantah judi bola ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Perak tidak setuju lesen judi boleh diberikan.
Ini kerana, Umno Perak khasnya Zambry dikatakan pihak yang mendapat manafaat secara langsung dari hubungan baik antara Najib dan Vincent Tan, pemimpin kumpulan Berjaya yang dikatakan mendapat lesen ini.
Pihak yang menyokong langkah kerajaan memberikan lesen ini adalah MCA dan PPP. Kedua-dua merekan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Turut menyokong adalah MIC menerusi presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dalam kenyataan media berkata parti terbesar India itu tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja.
"Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan.
Turut menyokong adalah Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri dan bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan