"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir Terpaksa Masuk Gelanggang Untuk Selamatkan Keadaan !!!

ulitmayang
Keadaan Najib cukup kritikal ketika ini !!! Itulah realiti yang hebat dinafikan oleh semua pihak, termasuk kedua–dua bekas PM, Mahathir dan Pak Lah Hampir semua langkah yang ‘konkrit’ yang telah dan sedang diambil Najib tidak menjadi, sehingga terpaksa membelanja puluhan jutaan ringgit untuk membeli setakat ini sudah 12 kepala, juga termasuk lah seperti banyak disebut dalam ucapan Anwar ketika membahaskan pembentangan oleh PM ketika mencadangkan RMK 10.

Tindakan Mahathir membuat kenyataan akhbar berbunyi
"Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik" adalah bagi melarikan isu dan menjadikan dirinya sebagai “punching bag”, dan bukan Najib, Rosmah, Muhyidin dan UMNO/BN, yang kelihatan sudah lemah dan tidak bermaya.

Bagi Mahathir, judi tidak ada bezanya , halal dan haram serupa saja kerana asas perkiraan ialah keuntungan. Memang yang mengaut keuntungan dalam industri judi ialah tokeh-tokeh Cina, bukan nya kaki judi. UMNO bernasib baik kerana dapat menumpang semangkuk.

Agama bagi Mahathir hanya lah merupakan candu dan dadah sahaja, ketika mana penagih–penagih dadah ini walau dalam keadaan macam mana pun akan berusaha untuk mendapatkannya. Itu lah tafsiran mengikut kiraan Mahathir. Kalau tidak mana mungkin lidah beliau begitu lemah lembut mempersenda–sendakan Nabi saw, seperti mempermainkan janggut, sunnah menyimpannya kerana katanya ‘gillete’ tidak kedapatan di zaman dulu kala.

Adakah mungkin ada benarnya, tentang anggapan sebahagian dari rakyat 1Malaysia iaitu industri dadah sebenarnya dilindungi oleh ‘pihak–pihak tertentu’ dimana ‘pihak–pihak tertentu’ ini memperolehi keuntungan lumayan hasil pemilikan saham dalam pengedar–pengedar utama dalam dan luar negara.

Kalau tidak mana mungkin, dimana pernah terjadi, seorang ketua di suatu negeri tertentu yang menjaga hal berkaitan dadah, suatu ketika dahulu, hasil serbuan Bukit Aman, di suatu tempat tertentu, berjaya menahan kereta yang dipandu oleh orang tertentu tadi, yang sarat dengan muatan pelbagai jenis dadah, yang dibawa masuk dari sebuah negara jiran untuk diedarkan di negeri–negeri tertentu di negara yang berpedoman satu wawasan, iaitu Wawasan 2020 ketika itu.

Dengan anggaran dan taksiran semasa pada tahun 2010 ini terdapat kira–kira 1,000,000 [dibaca 1juta] penagih tegar, dengan 99.9% terdiri dari anak–anak muda orang–orang Melayu, dimana pada tahun 1981 tahun dimana Mahathir berjaya ‘mengambil alih’ tampuk PM dan Presiden UMNO hasil tindakan beliau memaksa Allahyarham Tun Husein Onn meletakkan jawatan, dikatakan hanya terdapat sekitar 20,000 penagih berdaftar SAHAJA. Ini adalah suatu pasaran yang sangat lumayan. Mungkin kita perlu menunggu Lesen Halal bagi penjualan dadah. Boleh kaya macam ni!!!!

Begitu juga lah dengan kenyataan nya ini, iaitu "PRU -13- Terpulang kepada kerajaan", selain dari menunjukkan betapa jauh sudah campur tangan beliau dalam urusan kerajaan dan parti UMNO, tetapi yang lebih penting beliau ada PM sebenar kini, dan juga Presiden UMNO, dan lagi lebih penting kita sudah mudah untuk membuat tafsiran simple ia itu betapa Najib sudah tidak boleh diharap, jadi terpaksa lah beliau sendiri mengemudikan keadaan

Tunggu saja akan tiba masa nya dalam beberapa bulan ini, jalan keluar untuk Najib sudah dan sedang ditunjukkan Mahathir. Siapa agak-agaknya yang paling layak untuk 'dinaikkan' untuk sementara, hingga anakanda kesayangannya Mukhriz ditabalkan.

-tko-

Tiada ulasan: