"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS mula letak calon bukan Islam

Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS mengorak satu langkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya ketika ditanya syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.


Bagaimanapun, tambahnya, jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan setakat ini masih sedang dikenalpasti.

Ditanya kemungkinan tindakan itu bakal menyebabkan pertindihan dengan calon PKR dan DAP, Abdul Hadi yakin akan adanya persefahaman dalam antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.

"Kita akan tanding di tempat PKR dan DAP tidak bertanding," katanya dalam sidang media selepas merasmikan muktamar PAS ke-65 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa, di Kelantan hari ini.

Ditanya tentang mekanisme PAS bagi mengelakkan calon bukan Islam mereka melompat parti, Abdul Hadi berkata kesemua calon dikehendaki mengadakan
iqrar atau perjanjian dengan parti.

"Lagi pun, orang yang bermoral tidak akan melanggar perjanjian," katanya.

PAS sebelum ini mengekang fenomena lompat parti dalam partinya melalui "baiah" (sumpah taat setia) sesama Islam. Bagaimanapun, mekanisme tersebut tidak boleh dilakukan terhadap penyokongnya yang berbeza agama.

Abdul Hadi juga menolak tanggapan bahawa PAS cuba mendominasi Pakatan melalui strategi barunya dalam pilihan raya umum itu.

"Kita tidak gopoh untuk menonjolkan diri," katanya yang juga anggota parlimen Marang itu.

"Bagi kita, mempertahankan Islam itu lebih penting daripada strategi."

Dalam pilihan raya umum dua tahun lalu, seorang penganut Hindu Kumutha Raman telah bertanding mewakili PAS di Johor. Beliau bagaimanapun bergerak sebagai calon bebas.

Tiada ulasan: