Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA), Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini membidas sikap Majlis Sukan Negara yan tidak memberi elaun bulanan kepada pasukan bola sepak Perak pada kejohanan Sukan Malaysia ke-13 di Melaka.
Beliau berkata semua pemain sepatutnya mendapat hak mereka sama rata seperti atlit lain yang memperoleh elaun RM100 setiap bulan.
Nizar menyifatkan pemain tidak wajar menjadi mangsa politik pihak tertentu lantaran masih memegang jawatan sebagai Presiden PAFA dengan tidak memberi elaun kepada pemain bola sepak.
"Saya hendak beritahu bahawa sekarang ini semua atlit-atlit berada di Melaka bersempena Sukan Sukma 2010, jadi sukan Sukma, saya sebagai Presiden PAFA telah menghantar satu skuad dan skuad itu terdiri daripada 18 pemain, satu pengurus dan satu pegawai.
"Malangnya mereka ini tidak mendapat elaun yang dijanjikan RM100 sebulan dari Januari hingga sekarang dan semua atilit telah mendapat elaun daripada MSN kecuali pasukan bola sepak sebelum mereka pergi ke Melaka kecuali skuad bola dari Perak sampai masa ini tidak mendapat apa-apa lagi," katanya.
Beliau mempersoal janji Pengarah MSN Perak sebelum ini yang memberi jaminan akan memberi elaun kepada semua pemain.
"Walaupun saya dijanjikan oleh Pengarah MSN negeri Perak, Tuan Hj. Mior yang beliau menjanjikan elaun-elaun skuad bola sepak akan diberi sebelum mereka sampai ke Melaka tetapi sampai ke Melaka mereka masih belum diberikan lagi," katanya.
Nizar tidak menolak berkemungkinan kegagalan pemberian elaun disebabkan faktor pihak ketiga.
"Saya difahamkan bahawa peruntukan dari bulan Januari hingga April telah diberikan kepada individu ke 3 yang kononnnya telah dilantik oleh Exco Sukan tetapi PAFA mengikut ketetapan FAM melantik pengurus yang lain, oleh kerana tidak puash hati, mereka menafikan elaun-elaun sampai ke hari ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan