"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iman dan Aqidah Orang Umno dah mantap?

al-brangi

Tu dia, dah buat perancangan baik punya.Nak perkuatkan iman dan aqidah umat Islam. Dia tak sebut pulak iman dan aqidah orang-orang Umno. Inibermakna iman dan aqidah orang-orang Umno, semuanya sudah kuat-kuat dan mantap.

Dia guna slogan Islam for All, hampir-hampir sama dengan PAS for All.Agak-agak selepas ini mungkin rancangan hiburan di TV milik mereka dan yang sewaktu dengannya akan buat kelainan.

Besar kemungkinan setiap selepas 4 lagu akan diadakan tazkirah. Mungkin di setiap program realiti yang bercorak hiburan akan menjemput salah sorang dari mereka menjadi juri.

Mungkin mereka akan dilantik menjadi panel syariah pada setiap program hiburan. Penyanyi, pelakon dan penonton mungkin akan meminta nasihat 'syariah' sebelum sesuatu 'show' diadakan.

Mungkin selepas ini dia akan buat satu garis panduan atas kapasiti penasihat syariah untuk pemilihan jawatan.

Mungkin diletak syarat 'sumbangan ikhlas' paling minimum kepada penyokong untuk sesuatu jawatan. Jumlah 'sumbangan ikhlas' bergantung kepada tinggi rendah...... serta.....penting tak penting sesuatu jawatan. [
sumber .]

Nota:

Sedikit musykil, kenapa tidak dikuatkan iman dan aqikah ahli-ahli dan pimpinan Umno yang ada......jawapannya.....nak mampuih.

http://al-brangi.blogspot.com

Tiada ulasan: