"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy jadi tukang salak: Putar belit Utusan Malaysia penuhi dakyah APCO

Detikdaily
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin diselar berikutan tuduhan yang dibuat ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam isu pertemuan dengan Yahudi di Amerika Syarikat. Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau disifatkan Anwar sebagai 'tukang salak' Umno dan semata-mata hanya untuk menarik perhatian pemimpin atasan sahaja.

Anwar sendiri tidak tahu apa tujuan sebenar Khairy berbuat demikian dalam masa yang sama bertelagah pula dengan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali. Penasihat KeADILan itu berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Khairy, yang menuduh beliau meminta maaf dengan pemimpin Yahudi semasa di Washington baru-baru ini.

Anwar menjelaskan sepatutnya Khairy bertanyakan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno siapa yang membayar yuran pengurusan komunikasi bernilai USD22 juta kepada syarikat yang ada kaitan dengan Israel?

"Bukankah kerajaan Umno dan Najib yang bayar. Perkara pokoknya isu Apco. Umno juga menggunakan Apco untuk menyerang saya di luar negara, selama ini saya dituduh sebagai agen Yahudi tetapi Umno menggunakan wang rakyat dan diberikan kepada Israel," ujarnya lagi.

Anwar juga memberitahu laporan di dalam Utusan Malaysia adalah satu penipuan besar kerana kenyataan yang dikeluarkan berkenaan dengan dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel tidak dijadikan tajuk utama tetapi menggunakan tajuk yang menyeleweng.

"Tajuk di dalam Utusan Malaysia hari ini (1 Julai) jelas berbohong kenapa mereka tidak meletakkan kenyataan bila dunia sudah hilang kesabaran dengan Israel. Inilah kerja APCO yang menjadi penasihat tidak berguna kepada kerajaan. Bayar RM70 juta maka semua itu tidak boleh disebut.

"Jadi atas alasan yang sama TV3 dan RTM tidak akan mengeluarkan kenyataan itu. Jadi apa isunya? Pendirian saya tentang Palestin tidak pernah berubah malah saya mengecam dasar yang digunakan Israel," katanya.

Anwar menjelaskan beliau berkawan dengan semua tetapi beliau tidak membayar beberapa tokoh Israel untuk mempertahankan beliau. Sebaliknya Umno-BN pula bertindak membayar APCO untuk mendapat pembelaan dari puak-puak Israel, katanya. "Begitu juga lesen judi, saya tidak pernah luluskan lesen tetapi Umno meluluskanya. Jelaskanlah?" soal Anwar.

Ketua Pembangkang itu memberitahu, beliau ke sana kerana diundang oleh Woodrow Wilson Centre untuk satu ucapan dan sudah tentu mesyuarat diadakan bersama dengan kakitangan editor dan juga media antarabangsa.

"Kebanyakan dari mereka dari Amerika dan Yahudi mengatakan tidak adil bila menuduh Israel kejam kerana Zionis mempunyai negara yang adil dan sah. Saya nyatakan itu pendapat mereka tetapi pendapat saya jelas rejim Zionis Israel adalah penjajah dan zalim," tegas Anwar.

Tiada ulasan: