Mohd Sayuti Omar
MURIH (marah) sungguh Ahmad Zahid Hamidi kepada Nurul Izzah sampai mengatakan Puteri Reformasi itu menderhaka kepada negara. Sebabnya kerana Nurul Izzah kata kapal selam tidak boleh menyelam. Saya rasa sebelum ini sudah banyak orang kata kapal selam kita tidak boleh menyelam, tetapi mereka itu tidak pun dimurihi Zahid sedemikian rupa.
Apakah kerana Nurul Izzah mendedahkan perkara itu kepada 'surat kobar', (Kompas) Indonesia menyebabkan Zahid naik angin? Begitukah? Zahid marah kerana katanya tuduhan Nurul Izzah itu tidak betul dan ianya satu kenyataan yang jijik. Kata Zahid tuduhan Izzah itu bohong. Buktinya kata beliau kalaulah kapal selam itu tidak boleh menyelam macam mana ia boleh sampai ke Teluk Sepagar, Sabah dari Perancis.
Betul juga?
Pun begitu kenyataan Zahid itu boleh dipertikiakan juga. Siapalah tahu kalau sepanjang seperjalanan dari Perancis itu kapal selam itu berjalan sambil tenggelm timbul. Sekejap tenggelam dan sekejap timbul? Tidak pula ada rakaman video perjalanan kapal berkenaan. Zahid perlu menunjukan video perjalanan kapal selama berkenaan bagi menolak tuduhan kapal selam itu dah masuk air.
Zahid boleh menafikan dengan apa juga alsan. Itu tugasnya. Beliau diletakkan di kementerian itu pun untuk dijadikan gam ataupun plaster bagi menutup mana-mana lubang yang tembus dan tiris dikementerian itu selama ia dipegang oleh orang lain sebelum ini. Mungkin Nazjib Razak sudah mengenal pasti orang yang layak menjadi plaster atau gam hanya Zahid saja.
Jadi menjawab dan membela kementerian itu adalah tugas utama Zahid yang berbayar. Manakala Nurul Izzah boleh mendakwa demikian kerana kapal itu sebelum ini disahkan sebagai rosak - tidak boleh menyelam. Kalau tidak silap, Zahid juga yang membuat kenyataan kapal itu mengalami kerosakan teknikal menyebabkan ia tidak boleh menyelam lama. Kerana kalau menyelam lama kapal itu akan kelemasan.
Keadaan kapal itu diketahui semasa hendak mengada demoktrasi, bagi menunjukkan kehebatan dan kecanggihan kapal yang menelan belanja untuk membayar komisyen saja sebanyak RM400 juta.
Selepas kata Zahid ia akan dibaiki. Kapal itu masa dalam edah jaminan. Syarikat (consultan) yang mengendalikan kapal berkenaan bertanggungjawab tanpa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan perbaikiannya.
Itu senarionya. Jadi bila Zahid mengamuk marahkan Izaah nampak sangat tidak berapa dewasa pemikiran Zahid. Lagi pun siapalah Izzah yang belia hendak herdik begitu sekali? Izzah tak ubah macam anak Zahid sendiri. Macam Nurul Hidayah, nama saja yang serupa tetapi tidak sama. Serupa kerana Nurul Hidayah perempuan Izzah juga anak perempuan, nama bermula dengan Nurul, tetapi seorang jadi ahli parlimen seorang tidak.
Masa Zahid baik dengan Anwar dulu dan mengunjungi ke rumah Anwar, Izzah ditegur macam anaknya sendiri. Izzah panggil uncle - bukan ungka kepada Zahid. Bila tiba-tiba Zahid murih begitu sekali yang tidak baiknya Zahid bukan Nurul Izzah. Kalaupun nak murih jangan sampai kata derhaka kepada negara.
Cukup memberi ingatan atau lebih manis dan sopan sebagai seorang bapa, cukup hanya mengatakan dakwaan Nurul Izzah itu tidak betul. Silap tu sayang! Kalau Zahid tegur begitu beliau akan dilihat berwibawa. Seorang menteri pertahanan seperti beliau harus berwibawa, tegas dan dihormati oleh orang. Nak jadi askar bukan sembarangan.
Melihat gelagat Zahid terhadap Nurul Izzah ini apa yang orang nampak yang cerdiknya Izzah. Yang bijaknya Izzah kerana walaupun ahli Parlimen baru tetapi dia sudah dapat mengajak seorang menteri bermain marah-marah dengannya.
Kenyataan balas Zahid itu juga telah memberi kredit besar buat Nurul Izzah. Kalau sebelum ini kenyataan atau pandangan Izzah tidak dipedulikan kini ia sudah mula diperhati. Ini menunjukkan nilai atau wibawa Izzah sebagai MP sudah mulai dipandang.
Bila Zahid bertindak begitu ia menjatuhkan martabatnya sendiri sebaga seorang menteri. Zahid seharusnya mengkaji dulu kenyataan siapa yang lebih dipercayai, apakah kenyataan beliau atau Izzah. Beliau sepatutnya sedar sebagai menteri tentulah kenyataannya lebih diyakini. Jadi tidak sepatutnya kalau dia berbalas tembak dengan Izzah. Apabila beliau menyanggah Izzah ini bermakna Zahid dapat merasakan bahawa orang tidak mempercayai kenyataannya, tetapi lebih percaya kepada Izzah.
Memburukkan lagu keadaan ialah apabila Izzah berjaya menarik perhatian orang dari luar Malaysia dengan pendedahan itu. Apakah Zahid kurang mendapat tempat dalam 'koran-koran' di Indonesia sehingga beliau membidas Izzah berhubung perkara itu? Banyak cerita didengar tentang keakraban Zahid dengan orang Indonesia masakan mereka tidak bisa membantu? Aduhi Zahid, hitungkan berapa banyak kasut Datin Rosmah?
1 ulasan:
Kesian kat Zahid tiba-tiba meroyan tak keruan.Kapal selam tak boleh menyelam ni bukan lagi isu baru tetapi DAH LAMA DAH.
Mengapa sekarang begitu terasa pedihnya hati bila disebut semula oleh MP Nurul Izzah?.
Macam-macam perangai dah berjangkit kat pemimpin umno sekaran ni!
Catat Ulasan