"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akhirnya KFC Tidak DiJual Kepada Firma Asing

 IZMAS
SYARIKAT milik kerajaan negeri Johor yang dianggap paling berjaya Johor Corporation (J Corp) yang menguasai syarikat-syarikat berkaitan terkemuka seperti Kulim Berhad, QSR Brands dan KFC Holdings akhirny tidak jadi dijual kepada syarikat asing Carlyle Asia Investmnet Advisorts Ltd (Carlyle) dan Idaman Saga Sdn Bhd (ISSB).

Carlyle dikatakan bersedia membayar Kulim yang menguasai QSR dengan harga tertinggi sebanyak RM6.70 sesaham - dianggap penganalisis pasaran paling menarik

Namun, menurut majoriti penganalisis ekonomi terutama dari kalangan pakar bumiputra berpendapat, jika cadangan itu direalisasikan bakal menguntungkan pada jangkawaktu pendek dan merugikan pada jangka panjang jika ditinjau dari sudut partisipasi pengurusan profesional Melayu.

Kalangan penyelidik berpendapat sekiranya pangambilan alihan itu benar-benar berlaku, ia akan menyebabkan perubahan drastik dalam kawalan, struktur dan pengurusan QSR kini diterajui Kulim yang selama ini dikuasai pengurusan profesional Melayu.

Implikasi penjualan syarikat agensi kerjaan negeri Johor itu bakal menghakis pengusaaan business bumiputra sekaligus melenyapkan platform bagi membuka ruang eksekutif profesioanal Melayu membuktikan kemampuan mereka bersaing dalam sektor korperat dan business bertaraf syarikat multinasional (MNC).

Selain menguasai QSR dan KFC, Kulim juga mempunyai kepentingan dalam syarikat yang tersenarai di bursa saham London yang mempunyai ruang pendedahan bisness antarabangsa di salah sebuah negara yang menjadi peneraju ekonmi negara. Kulim juga menjadi ‘abang sulung’ dua buah lagi syarikat tersenarai, iaitu KPJ Healthcare da Sindora Berhad yang secara strategik menggunakan pertaliannya itu bagi menafaat dan kejayaan syarikat-syarikat lain dalam J Corp.

J Corp juga menguasai bisnes perhotelan seperti Puteri Pan Pacific dan rangkaian Hotel Selesa di seluruh negara yang dianggap berjaya dan menguntungkan. Penguaan J Corp dalam KFC/Pizza Hut /Ayamas memberi peluang pekerjaan ramai bumiputra yang sebelum ini tidak terdedah dalam bidang pengurusan berprestasi tinggi.

Syukurlah kini, pengarah dan pihak pengurusan Kulim mengambil keputusan tepat tidak akan menjual kepentingan syarikat-sayarikat dibawahnya kepada mana-mana firma luar negara atau tempatan. Carlyle, sebuah firma ekuiti persendirian dari Amerika Syarikat mengemukakan tawaran RM6.70 sesaham mengatasi harga RM5.60 yang dibuat ISSB kepunyaan bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Renung, Tan Sri Halim Saad.

ISSB kemudian meningkatkan harga tawatan kepada RM6.70 untuk menyainggi Carlyle, namun semuanya ditolak Kulim setalah berfikir panjang dan mengambil kira strategi jangka panjang QSR dan anak syarikatnya yang sedang mengalami pertumbuhan memberangsangkan dan tidak perlu menoleh kebelakang.

Desas desus di kalangan ahli perniagaan menyalahkan pengurusan baru yang dikatakan terdesak mahu menjual Kulim bagi mendapat dana membayar hutangnya berjumlah RM3 billion. Sejak perletakan jawatan mendadak bekas Ketua Eksekutif J Corp yang berkelibar dan banyak jasa, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, pengurusan baru agensi kerajaan negeri itu seolah-olah hilang arah dan tidak boleh meneruskan agenda jihad berniaga yang dipelopori Ali. Mereka seolah-olah tidak mempunyai daya tahan, daya uji dan daya jihad tinggi yang sudah diperkenalkan oleh Ali bagi meneruskan agenda beliau mahu melahirkan bumiputra yang berjaya dalam perniagaan korperat yang bertaraf antarabangsa.

Argumen pengurusan baru mahu menyelesaikan hutang syarikat dianggap tidak praktikal kerana nilai aset J Corp yang sebenar dianggarkan sekitar RM13 billion. Apalah jumlah hutang RM3 jika dibandingakan jumlah aset dan kemajuan yang boleh diraih syarikat dalam jangkawaktu panjang dan kemajuan yang boleh diteroka pada masa depan?

Kejayaan J Corp sebagai sebuah agensi negeri yang berjaya sukar ditandinggi oleh lain-lain agensi pembangunan negeri. Pimpinan kerajaan negeri Johor akhirnya sedar betapa berharga dan signifikannya agensi kerajaan negeri itu kepada pendapatan dan pertumbuhan ekonomi kerajaan negeri. Pimpinan J Corp akhirnya insaf tidak boleh menggadai atau menjual syarikat itu kepada mana-mana syarikat asing atau tempatan semata-mata mahu membayar hutangnya yang bertimbun.

Majoriti warga Johor yang celik menganggap jika ura-ura pengambililihan itu berjaya bermakna keruntuhan moral dan maruah pimpinan Umno Johor sendiri yang gagal melihat potensi masadepan perniagaan korperat dan keterlibatan profesional Melayu dalam pengurusan perniagaan yang bersifat multinasional.

Tiada ulasan: