"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar : Ketuanan Melayu Khianati Bahasa Kebangsaan


KUALA LUMPUR, 2 DIS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas parti 'Ketuanan Melayu'(Umno) kerana mengkhianati perjuangan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata dalam kerakusan Malaysia mengejar ekonomi sejagat menyaksikan Umno memandang kecil Bahasa Melayu sebagai tunjang bangsa Malaysia.

Anwar berkata pejuang-pejuang 'Ketuanan Melayu' dalam Dewan Rakyat tidak mempunyai iltizam untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Kononnya kita mengagungkan bahasa  kita, tetapi kita menghinanya kerana mengganggap bahasa Melayu terlalu lemah untuk matapelajaran matematik dan sains,"Anwar berkata demikian dalam ucapannya berkenaan penambahbaik kurikulum pendidikan negara.

Turut mendapat perhatian Anwar adalah matapelajaran Sejarah, yang enggan mengiktiraf sumbangan dan perjuangan pejuang-pejuang Melayu bukan Umno.

"Mengapa kita enggan mengiktiraf sumbangan dan perjuangan pejuang Melayu seperti Burhanuddin al-Helmy?"tanya Anwar. 

Keadaan di Dewan Rakyat bagaimanapun tegang selepas Ahli Parlimen Pasir Salak bangkit menyanggah ucapan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen itu membidas ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam bahasa Inggeris.

Peratusan keciciran anak Malaysia dari arus pendidikan perdana berada di paras mencemaskan.
Dalam perbahasan itu juga, Anwar mendedahkan Laporan Pembangunan Manusia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan peratusan anak Malaysia ke sekolah menengah sekecil 69.1 peratus sahaja, di belakang Indonesia 75.5 peratus, Filipina 81.4 peratus, Turki 82 peratus dan Sri Lanka 87 peratus.

Ketua Pembangkang itu melahir kan rasa bimbang kerana ia menunjukkan bahawa ramai anak Melayu yang tercicir dari persekolahan.

Anwar menggesa kurikulum sekolah ditambah-baik, dan langkah-langkah diambil bagi menangani kegelinciran ini.

-tvsnews-

Tiada ulasan: