Zulkifli berharap polis akan dapat menyelesaikan siasatan ke atas kes berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum mengemukakannya ke pejabat pendakwaraya.
"Kita dalam siasatan dan dia tidak menjalankan tugas-tugas yang dia jalankan sekarang. Maknaya dia tidak diletakkan dalam tugas aktif, (sekarang anggota tersebut) menjalankan tugas pejabat.
"Bagi kes sebegini kita ada norma tertentu, kita berharap dapat selesaikan tidak lebih dari sebulan, maknanya dalam tempoh itu sesuatu keputusan telah ada," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes melibatkan Ho Chei Hang, 32, yang mendakwa ditembak anggota polis berkenaan berhampiran rumahnya pada 16 November lalu.
Ho (duduk) dalam sidang medianya Rabu lalu mendakwa beliau ditembak empat kali oleh anggota polis berpakaian preman tersebut.
Dakwa Ho, anggota polis berkenaan tidak memperkenal dirinya dan juga tidak melepaskan sebarang tembakan amaran sebelum itu.
Rabu lalu, Ho dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh "dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa".
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan