"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iran marah simbol zionis atas bumbung

Gambar satelit lapangan terbang Tehran yang diambil oleh perkhidmatan Google Earth telah menimbulkan kemarahan para pegawai kerajaan Iran kerana menunjukkan lambang “Star of David” di atas bumbung ibupejabat Pengangkutan Udara Kebangsaan Iran (gambar)

Pihak berkuasa Iran marah apabila sebuah media tempatan melaporkan, Sabtu lalu, tentang penemuan imej yang menunjukkan lambang “Star of David” di atas bumbung bangunan utama Lapangan terbang Republik Islam Iran, atau lebih dikenali sebagai Iran Air, dan mengarahkan supaya ianya dibuang dengan segera, lapor akhbar Israel, Yediot Ahronot, Ahad. 

Berikutan timbulnya spekulasi berhubung dengan kewujudan simbol Zionis dalam negara yang telah memutuskan hubungan dengan Israel itu sejak revolusi 1979,  pihak media Iran menjelaskan bahawa bangunan itu sebenarnya dibina oleh jurutera Israel sewaktu pemerintahan Shah Mohamed Reza Pahlavi. 

Di tengah-tengah gesaan pelbagai pihak yang menghendaki simbol itu dibuang, beberapa laporan media tempatan memfokuskan hubungan akrab yang wujud antara Israel dengan kerajaan pra-revolusi.


Menurut laporan berkenaan, kerajaan Shah bukan sahaja melantik jurutera-jurutera Israel untuk membina bangunan tersebut, tetapi juga menjalinkan hubungan udara dengan “negara” berkenaan mulai 1960.

Tiada ulasan: