"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjual mi tuntut keadilan selepas ditembak polis


Penjual mi, Ho Chei Hang, yang nyaris terbunuh selepas ditembak empat das oleh polis menuntut keadilan dan mahu tindakan dikenakan ke atas mereka yang melepaskan tembakan tanpa sebarang justifikasi.
NONEHo, 32, yang ditembak oleh polis yang tidak memakai pakaian seragam berhampiran rumahnya di Kepong pada 16 November lalu mendakwa anggota berkenaan langsung tidak memperkenalkan diri mereka, mahupun melepaskan tembakan amaran.

"Saya mahu anggota polis yang terbabit menembak saya dikenal-pasti dan butiran mereka diberikan kepada saya.

"Saya juga gesa mereka itu disiasat atas dakwaan cubaan membunuh dan salah guna kuasa - tanpa diberikan layanan istimewa,” katanya semasa menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, hari ini.

Ho, yang terpaksa dimasukkan selama 11 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur dibenarkan pulang Isnin lalu meskipun sebutir lagi peluru ditubuhnya masih belum dikeluarkan.

Memorandum menuntut keadilannya hari ini diserahkan kepada naib pengerusi Suhakam, Khaw Lake Tee.
NONEDia diiring ke pejabat Suhakam oleh peguamnya, Keppi Wong, isteri, ibu bapa dan seorang perwakilan dari pertubuhan hak asasai, Suaram.

Keluarga Ho sebelum ini mendakwa wujudnya perbuatan khianat ketika lelaki itu ditembak polis pada 16 November lalu.

Mereka berkata tindakan polis berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada senjata api mahupun sebarang jenis dadah yang dijumpai di kereta mangsa dan lagipun Ho juga dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Apa yang dijumpai oleh polis menurut peguamnya adalah hanya 42-45 pil tidur di kereta mangsa dan pil tidur itu bukan barangan larangan dalam Akta Dadah Berbahaya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: