"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Alhamdulillah! Hasan Ali Bersuara Juga

korban
Saya ingat Hasan Ali sudah serik nak pertahankan prinsip perjuangan parti. Setiap kali dia bersuara, ada saja suara sumbang menghentam dia kembali. Seolah-olah dia digambarkan nak mengeruhkan hubungan sesama pakatan rakyat.

Tetapi akhirnya dia jugalah yang berani untuk tampil mempertahankan prinsip parti walaupun tidak popular dan mungkin boleh menjejaskan karier dan kedudukannya.

KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR. HASAN MOHAMED ALI
Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di Majlis Perpandaran Subang Jaya (MPSJ), saya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar dengan alasan-alasan berikut :  

a)      Di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras. 

b)      Di dalam undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terdapat persyaratan yang boleh menggunapakai peraturan yang serupa di dalam urusan pemberian lesen kepada pengusaha-pengusaha penjualan minuman keras tersebut. 

Kedua-dua peruntukan di atas dengan sendirinya boleh digunakan untuk mencegah orang-orang Islam daripada terjebak dengan hal-hal yang berkaitan dengan minuman keras yang diharamkan oleh agama Islam. 

Perlu disebutkan larangan ini terkhusus kepada orang-orang Islam tanpa mellibatkan orang-orang yang bukan Islam. Oleh itu tidak perlu ada kebimbangan daripada mana-mana pihak tentang perlaksanaan peraturan-peraturan seperti di atas. 

Saya mengucapkan syabas dan terimaksih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan diperingkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam.  Penguatkuasasan ini merupakan salah satu usaha mengekang kegiatan maksiat melibatkan minuman keras yang begitu menjadi- jadi terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini. 

Harapan saya agar semua pihak menerima pendekatan ini dengan dada yang terbuka dan tidak ada mana-mana pihak yang tampil mempolitikkan perkara ini.   

YB DATO’ DR. HASAN MOHAMED ALI
 
EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu,
 
Infrastruktur dan Kemudahan Awam 
 
14 JANUARI 2011

Tiada ulasan: