"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tonton filem terus dari WD

Afiq Hanif
TELEVISYEN sudah lama menjadi kemestian untuk setiap rumah memilikinya sekurang-kurangnya sebuah kerana ia digunakan bagi mengisi kekosongan waktu dan merehatkan minda yang penat bekerja atau belajar.

Internet pula berfungsi sejak sekian lama dengan perkembangan bilangan rangkaian, komputer, organisasi dan individu yang semakin bertambah, membentuk dunia elektronik siber mewarnai kehidupan.

Bagaimana televisyen dan Internet boleh bergabung?

Hasil evolusi kedua-duanya membolehkan televisyen memainkan filem aksi kegemaran anda dengan pindah turun terus dari Internet.

Persoalan kedua, bagaimana ia boleh dilakukan?

Di sinilah datangnya, kemudahan peranti yang diuji it@Metro menampilkan teknologi dipelopori peneraju peranti storan luaran yang popular dengan pemain media WD TV, Western Digital (WDC) menerusi pusat media WD TV Live Hub.

Soalan ketiga pula ditanya, apa yang hebatnya dengan peranti ini?

Bayangkan suatu ketika dulu, kita memainkan 'tape' untuk menonton filem tapi cuma satu filem saja yang dapat ditonton. Namun, dengan pusat media ini anda dapat saluran terus dari jutaan filem yang dipindah turun di Internet.

Perkara pertama yang anda perlu pastikan ialah sambungan Internet pantas kerana ia satu-satunya kaedah untuk mendapatkan kepuasan menonton filem atau siri yang mungkin tidak ditayangkan lagi di Malaysia.

WD TV Live Hub berupaya memainkan format definisi tinggi penuh (Full-HD) bersesuaian dengan kemampuan televisyen LCD atau plasma yang anda miliki di rumah tapi ia memerlukan sambungan USB.

Kualiti 1080 piksel berkapasiti 1 terabait (TB) yang memiliki cakera keras berangkai di dalamnya memudahkan tontonan filem terbaik menyebabkan anda akan 'keras' di kusyen empuk menghabiskan waktu malam atau cuti anda.

Ia membolehkan pengguna memindah turun filem terus ke peranti terbabit sebelum menontonnya terus di TV tanpa perlu pemain blueray dan sebagainya.

Cuma pindah turun filem atau siri kegemaran daripada perkhidmatan seperti Blockbuster On Demand, malah boleh berinteraktif di Facebook sekali gus.

Penguji tidak menghadapi masalah memainkan format berlainan kerana ia menyokong VI (Xvid, AVC, MPEG1/2/4), MPG/MPEG, VOB, MKV (h.264, x.264, AVC, MPEG1/2/4, VC-1), TS/TP/M2T (MPEG1/2/4, AVC, VC-1), MP4/MOV (MPEG4, h.264), M2TS atau WMV9.

WD TV Live Hub adalah pusat media yang boleh memainkan pelbagai format video Full-HD 1080p termasuk .mkv, .mp4 and .mov.

Pengguna turut boleh menyalurkan semula video daripada pemacu rangkaian rumah dengan pelayan seperti DLNA/UPnP(TM).

Satu lagi ciri unik adalah penyepaduan Facebook yang membenarkan pengguna pindah turun video, foto atau mengemaskini status asalkan anda mempunyai skrin TV besar.

Anda juga boleh menatap album foto dengan memasukkan gambar di dalamnya yang berasaskan format JPEG, GIF, TIF/TIFF, BMP atau PNG.

Antaramukanya ringkas dengan pelabuh untuk Gigabit Ethernet, USB 2.0, HDMI, Composite A/V, atau Component video direka kemas di ruang masing-masing bagi mengelakkan sambungan wayar yang berselerak di depan televisyen anda.

Berasaskan saiz 31.75 x 198 x 154 milimeter dan berat kurang satu kilogram, ia tidak akan menyemakkan ruang terhad dan mudah ditempatkan di mana-mana ruang kecil berhampiran televisyen.

>SPESIFIKASI
PRODUK: WD TV Live Hub
HARGA: RM749
PENGELUAR: WD
PERTANYAAN: WD
TELEFON: 1-877-934-6972
LAMAN WEB: www.wdc.com

>KOMEN
KESELURUHAN: ***1/2
REKA BENTUK: *** 1/2
INOVASI:****
DOKUMENTASI:****
MESRA PENGGUNA: ***1/2
NILAI WANG: ***1/2
-hmetro-

Tiada ulasan: