"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis acu pisau ketika ditangkap khalwat

TANAH MERAH: Seorang gadis berusia 22 tahun berlagak samseng apabila mengacukan pisau kepada sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Tanah Merah ketika cuba ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan kekasihnya di Jalan Jedok, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, gadis terbabit mengamuk apabila menjatuhkan beberapa barangan di dalam rumahnya termasuk peti sejuk sebaik dimaklumkan akan ditahan.

Lebih mengejutkan, gadis yang baru menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi itu turut menendang kekasihnya berusia 24 tahun sehingga tersembam ketika dipujuk supaya meletakkan pisau yang dipegangnya.

Difahamkan, gadis itu bertindak demikian bagi mengelak ditahan selain tidak mahu kegiatan maksiatnya diketahui keluarga serta jiran kerana ketika serbuan, dia dipercayai tinggal seorang diri di rumah selepas ibu bapanya ke Kuala Lumpur dan ketiadaan keluarga memberi peluang kepadanya membawa kekasih dari Kota Bharu masuk ke rumah.

Menurut sumber, pejabat JHEAIK Tanah Merah menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 11 malam memaklumkan ada kegiatan maksiat di rumah di Jalan Jeduk, di sini, sebelum empat anggota Skuad Amru melakukan serbuan.
-hmetro-

Tiada ulasan: