LOS ANGELES: Pengarah filem terkenal, Guy Ritchie, 42, sanggup berkhatan bagi menggembirakan penyanyi Madonna, 51, semasa mereka belum berpisah, lapor sebuah akhbar semalam.
Ritchie berkhatan kerana Madonna ketika itu menganut kepercayaan Kabbalah, salah satu cabang daripada amalan tradisonal Yahudi.
Penasihat keagamaan Madonna, Karen Berg dalam kenyataannya kepada sebuah majalah memberitahu, Ritchie mengambil keputusan untuk berkhatan kerana menghormati kepercayaan yang dianuti Madonna.
Seorang anak lelaki Madonna dilaporkan turut berkhatan.
Madonna merupakan penganut Kristian Roman Khatolik sebelum dia menukar kepada kepercayaan Kaballah.
Ritchie yang merupakan pengarah filem Sherlock Holmes berkahwin dengan Madonna pada 22 Disember 2000 dan mereka berpisah pada November 2008.
-Agensi-
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan