sondokon
Terima kasih aku ucapkan kepada Sdr Mat Sabu kerana membangkitkan isu yang paling hangat diperkatakan hari ini. Aku yang tidak pernah ambil tahu tentang sejarah berkumpul beramai-ramai mencari fakta untuk melihat kebenaran.
Selepas menonton program kemerdekaan Malaysia di Astro, semangat kami untuk mengkaji fakta sejarah ini semakin meluap. Berpandukan gambar buku "memoir Shamsiah Pakeh" kami panjat setiap kedai buku mencari buku itu. Penat lelah kami terubat bila kami dapat membelinya.
Setelah membacanya kami menjadi terkejut, bingung. Kenapa dalam sejarah kemerdekaan tidak pernah dihuraikan peranan API, AWAS, PKMM dan lain-lain lagi. Dan juga dimanakah hilangnya watak-watak utama seperti Ibrahim Yaakub, Shamsiah Pakeh, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Usman Awang, A Samad Said yang berjuang menggunakan pena.
Kami seterusnya meneroka ruang internet. Kami menjumpai dua artikel yang amat berharga mengenai perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Artikel-artikel itu ialah "War in Malaya 1948 - 1960" dan Hansard Parlimen British July 1957 yang menghuraikan panjang lebar tentang Kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebenarnya pergerakkan menentang British bermula dari Timur Tengah. Fakta ini dilenyapkan terus oleh UMNO. Semasa Jepun menakluki Malaya, kerajaan Inggeris telah bergabung dengan MPAJA untuk menentang Jepun. Malah Inggeris, diketuai oleh Kolonel Chapman telah membantu MPAJA dari segi kemahiran dan persenjataan dengan menggunakan unit 'Force 136".
Apabila Jepun kalah Inggeris kembali menjajah. Maka bangunlah anak-anak Melayu menentang kepulangan Inggeris ke Malaya. Mereka bergerak dalam persatuan-persatuan seperti API, AWAS dan sebagainya. Inggeris mula mengenakan tindakan dengan menangkap ketua-ketua pergerakan ini. Banyak yang lari masuk hutan dan mengangkat senjata. Mereka yang tidak lari dipenjara. Maka merengkoklah ketua-ketua pertubuhan ini seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi. Yang anehnya tidak seorang pun pemimpim UMNO ditangkap.
Mereka-mereka yang masuk hutan mula menyerang kepentingan Inggeris dengan harapan melumpuhkan ekonomi Inggeris. Mereka hampir berjaya.
"The insurgency threatened control over this “material prize”. The Colonial Secretary remarked in 1948 that “it would gravely worsen the whole dollar balance of the Sterling Area if there were serious interference with Malayan exports”. One other member of the House of Lords explained that existing deposits of tin were being “quickly used up” and, owing to rebel activity, “no new areas are being prospected for future working”. The danger was that tin mining would cease in around ten years, he alleged. The situation with rubber was “no less alarming”, with the fall in output “largely due to the direct and indirect effects of communist sabotage”, as it was described.
Peladang-peladang Inggeris di Malaya marah kepada kerajaan Inggeris kerana tidak mengambil berat melawan pejuang-pejuang kemerdekaan ini. Dengan amaran ini, kerajaan Inggeris terpaksa memohon peruntukan yang lebih. Untuk menjustifikasikan permohonan ini Parlimen Inggeris telah pada tahun 1952 menukarkan gelaran "bandit" kepada "Communist Terrorist" kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. Dan kita pada hari ini diarahkan melihat perjuangan datuk nenek kita yang berjuang menuntut kemerdekaan sebagai penjahat Komunis.
"Other aspects of the war are dealt with within the official framework. In 1952 a memorandum by the British Defence Secretary stipulated that, from now on, the insurgents – previously usually referred to as “bandits” – would be officially known as “communist terrorists” or CTs. Subsequent scholarship concurred. Richard Allen contrasts the “CTs…as they came to be known” with the Malay and British security forces, the “defenders of Malaya”, in his term."
Inggeris menerima pukulan hebat dari pejuang kemerdekan di semua wilayah jajahan mereka dari Palestin, Afrika dan Asia. Mereka mahu melepaskan Malaya kepada sekutu mereka dan UMNO.
"Britain achieved its main aims in Malaya: the insurgents were defeated and, with independence in 1957, British business interests were essentially preserved. Britain handed over formal power at independence to the traditional Malay rulers and fostered a political alliance between the United Malay National Organisation and the Chinese businessman’s Malayan Chinese Association. At independence, 85 per cent of Malayan export earnings still derived from tin and rubber. Around 70 per cent of company profits were in foreign, mainly British, hands and were largely repatriated. Largely European owned agency houses controlled 70 per cent of foreign trade and 75 per cent of plantations. Independence hardly changed the extent of foreign control over the economy until the 1960s and 1970s. Even by 1971, 80 per cent of mining, 62 per cent of manufacturing and 58 per cent of construction were foreign-owned, mainly by British companies. The established order had been protected.
UMNO semasa menerima kemerdekaan ini telah juga gagal memertabatkan Islam.
"On religion, the Reid Commission recommended, as my hon. Friend the Member for Devonport (Miss Vickers) pointed out, that there should be no mention of State religion in the Constitution. It is now inserted in Article 3, but is so watered down by the later Articles that I do not think there can be any real fear of a non-secular State being created. I think the Secretary of State has resisted pressure put on him for the creation of a non-secular State, and the present provisions should satisfy other religious communities, although there is this mention of the State religion."
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka adalah Pak Sanggup yang sanggup menerima kemerdekaan dengan menggadaikan ugama dan bangsa. UMNO juga adalah umang-umang yang akan tukar sarung mereka setiap kali tukar pemimpin.
Ternyatalah di sini pejuang kemerdekaan bukanlah semua komunis tetapi dilabel oleh Inggeris sebagai Komunis.
Syabas Mat Sabu. Sekarang aku mengerti nilai sejarah sebenar.
1 ulasan:
diharap artikel seperti ini sentiasa dikeluarkan untuk memotivasikan serta memeberi kefahaman kapada rakyat malaysia yang telah lama di momok dan perbdohkn oleh mereka2 yang penting diri sendiri terutama tun yang di sanjung sebegitu rupa.22 tahun dia perbodohkan rakyat disebalik mengaut kekayaan..................
Catat Ulasan