Roslan SMS
42 tahun menongkat langit bukan bererti akan menongkatnya terus sampai kiamat. Begiutlah sekurangkurangnya hakikat yang dirasai Muamar Gadaffi. Setelah menguasai bumi Libya selama hampir setengah dekad beliau akhirnya tumpas ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri, mati dalam keadaan ngeri yang sehingga kini jasadnya belum dikebumikan.
Apa iktibar dari semua ini?
Rakyat yang tertekan tidak akan terus membiarkan diri mereka ditekan, satu dua atau tiga empat dekad, akhirnya dengan izin Allah pasti akan bangkit jua cepat atau lambat. Apa yang berlaku di Libya bukan sesuatu yang baru. Demikianlah di Negara-negara lain, Mesir dan sebelumnya Iran.
Benarlah bahawa Allah yang member dan meminjamkan kuasa dan Dia jugalah menarik dan merampas kembali kuasa itu atas kehendak Nya.
Cuma mungkin cara Gadaffi diperlakukan di saat-saat akhir itu rasanya agak kejam dan diluar batas syarie. Benar beliau zalim benar beliau pernah membunuh, menyiksa dan macam-macam yang buruk-buruk. Tetapi zalim bukan zalim lawannya. Satu kejahatan tidak wajar dibalas dengan kejahatan melainkan disabit dan diputuskan.
Yang menjadi kebimbangan kini adalah bagaimana Libya mahu dibina dan bangkit kembali. Yang dapat kita lihat beberapa hari sebelum Fadaffi tumbang Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton telah membuat lawatan mengejut ke Libaya. Apakah regim Gadaffi akan diganti dengan satu pentadbiran yang didalangi dan pro Amerika?
Rakyat Libya perlu diberi kebebasan menentukan nasib dan masa depan mereka. Semoga berkekalan begitu.
Bumi Libya ini telah menyaksikan ramai syuhada yang mati syahid menegakkan Islam. Di bumi inlah syuhada terbilang mereka Omar Mokhtar disemadikan pada tahun 1931, bangkit memperjuangkan Islam menentang penjajah Itali sehingga syahid di tali gantung. Semoga bangkit waris-waris Omar Mokhtar menegakkan Islam di bumi Libya.
1 ulasan:
Salam..
saya setuju dgn catatn anda. Saya simpati dgn nasib Gaddafi. Walaupun beliau zalim tetapi cara mereka melayan jasadnya setelah kemaiannya sangat hina dan zalim. Semoga allah swt beri keampunan kepadanya. Jom link dengan blog saya http://azharibinhamzah.blogspot.com/
Catat Ulasan