setisab
Insan terpinggir jauh lebih mulia daripada yang bersenang-lenang di istana
Kesemua sultan dan raja Melayu hidup bersenang-lenang, hidup mewah, megah dan gah. Kalau ada yang mengatakan sultan atau raja Melayu berjiwa rakyat dan faham keperitan serta kesusahan rakyat jelata, Kerajaan Rakyat kira, mungkin seorang sahaja, dan dia adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V.
Persepsi rakyat mengatakan sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terkenal kerna kuat berjudi Persepsi rakyat mengatakan sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail hebat kerna ego dan sikap borosnya Persepsi rakyat mengatakan sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah gagal dalam menghayati cara hidup, budaya dan tuntutan agama Islam, sekalipun beliau adalah Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Banyak gambar beliau dan anaknya yang berligar di laman maya, tidak langsung menunjukkan beliau menghayati Islam sebagai cara hidup.
Kesemua persepsi tersebut terbina kerna tutur dan kelaku buruk sultan berkenaan yang dipamerkan kepada khalayak ramai. Kerajaan Rakyat merasakan bukan salah rakyat berpersepsi begitu kerna sebagai sultan dan raja Melayu yang diwartakan sebagai ketua agama Islam, adalah tidak pantas untuk mereka berkelakuan buruk yang mencemarkan kemurnian agama Islam.
Perangai kurang sopan para sultan yang dirakamkan dalam bentuk foto atau klip video dan dimuatnaik ke Youtube banyak berlegar di Facebook, bukan lagi rahsia!
Adalah tidak mustahil jika sikap dan cara hidup angkuh dan sombong yang diamalkan oleh kebanyakkan sultan dan raja Melayu masakini diteruskan, suatu hari nanti, institusi kesultanan Melayu akan tinggal sejarah seperti ini!
Lihat gambar:
Sultan Johor dan Najib Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan