Milo SuaM
KELMARIN Ummi Hafilda perempuan yang gemar menyerang Anwar Ibrahim dengan isu-isu lucah baru sahaja selesai melangsungkan majlis perkahwinannya di Dewan Negara, PWTC bersama dengan lelaki warga asing pilihannya Zaman Khan ~ Majlis Perkahwinan Ummi Hafilda
Sebaik sahaja berita tentang majlis perkahwinan perempuan ini tersebar, ramai pihak terutamanya di blog-blog mempersoalkan bilakah Ummi Hafilda menikah?
Sebelum ini Ummi Hafilda ada membuat satu sidang media khas untuk memberitahu bahawa lokasi dan tarikh perkahwinannya adalah dirahsiakan selain itu dia turut mengumumkan YB Azmin Ali abangnya tidak akan dijemput di majlis perkahwinannya.
Pengumuman untuk tidak menjemput keluarganya ini menyebabkan ramai pihak mempersoalkan siapakah yang akan menjadi wali bagi perkahwinan Ummi Hafilda bersama Zaman Khan seorang warga asing dari Pakistan ini?
Akhirnya terbongkar segala persoalan tersebut apabila portal myStar mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah bernikah di Pakistan seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Gara-gara tiada wali maka Ummi Hafilda terpaksa menikah di perantauan.
Biasanya orang kahwin lari kerana wali tak restu perkahwinan, tapi perkara sebaliknya berlaku kepada Ummi Hafilda, dia terpaksa berkahwin di perantauan kerana dia sendiri yang tidak restu kepada walinya.
Apa pun selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua mempelai, semoga selepas berkahwin suami Ummi dapatlah menasihatkannya untuk berubah ke arah yang lebih baik.
ReJaM© "Harap selepas ini, Ummi Hafilda berhentilah menjaja cerita lucah... "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan