"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Utusan kalah saman lagi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia didapati bersalah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang diputarbelitkan daripada temuramah Anwar bersama BBC tahun Lalu.
Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham pagi ini.

Hakim Singham juga berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.

Tiada ulasan: