Azzarudin H
Selepas sembahyang Isyak Jummat lepas di surau Assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa India (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk Islam.
Menurut mereka, abang mereka telah Islam dan sedang menuntut di pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan mereka bercadang nak ke sana selepas majlis pengislaman mereka.
Kami diberitahu yang bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk Islam.
Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh Ust Dr Zulkifli dan pihak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada meraka.
Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan-rakan mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yang berlaku di sebuah surau di Salak Tinggi.... satelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan mereka adalah orang yang sama ..... meraka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang Melayu/Islam.
Diharap kejadian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.
Mungkin kalau ianya terjadi dikawasan tuan-tuan, dicadangkan supaya butir-butir peribadi mereka (IC no, alamat, gambar, phone numbers dll) dapat dicatitkan.
Pemberian wang harus dibuat berhati-hati .. mungkin tak diberi terus, tetapi hanya diberi setelah urusan pengIslaman mereka telah direkodkan oleh pihak berkuasa atau sebagainya ...
Benci diperalatkan.
BBB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan