"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Michelle Yeoh dapat Tan Sri dari Agong sebab sokong BN dalam PRU13?

ZAINUDDIN MAIDIN
Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam pada 1 Jun lalu.

Orang bergembira bercerita tentang Michelle dilimpah rahmat bertalu-talu dengan kurniaan di raja. Beliau sudah pun mendapat gelaran Datuk (DPMP dan SPMP) dan dikurniakan pula PSM. Kurniaan Tan Sri mungkin kerana seruannya menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini. Oleh kerana dekatnya jarak masa kurniaan dengan masa beliau berkempen pilihanraya untuk BN maka itulah konklusi yang dibuat umum. Bagitu cepat sekali dibalas budinya.

Ketika saya turut berbangga dengan kurniaan kepada Michelle Yeoh kerana perhetongan diatas meritnya yang lain lain seperti mengharomkan nama negara sebagai di antara 50 orang tercantik di dunia dan kerana lakonan hebat dalam filem-filem Barat termasuk filem James Bond, saya terkenang pula kepada penyanyi Alleycats, David Arumugam yang pernah saya cadangkan diberikan gelaran Datuk Persekutuan semasa saya menjadi Menteri Penerangan, tetapi telah "disepikan." Bagaimanapun beliau kemudiannya dikurniakan Dato atas ingatan baik Duli Yang Maha Muia Sultan Pahang.

Sumbangan Alleycats dan khususnya penyanyinya David Arumugam kepada seni muzik negara sangat besar sejak tahun 1970,antaranya mempopularkan lagu-lagu Melayu melampaui batas kaum dan negara sehingga ke Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Bandnya di jangka bermain hanya tiga bulan di Hong Kong, tetapi kerana menjadi hit di pulau itu terutamanya lagu-lagu Melayunya maka kontrak mereka dengan Mocambo Club telah disambung kepada lebih tiga tahun.

Alleycats yang ditubuhkan pada tahun 1969 telah menjadi Legenda Pop Muzik Malaysia dan populariti penyanyinya David Arumugam bertahan hingga sekarang.Lagu lagunya “Sekuntum Mawar Merah”, “Sampaikan Salam” ,”Suara Kekasih”.

Disamping itu dalam" seronok gile" ( meminjam bahasa anak muda sekarang) kerana kurniaan tertinggi yang setaraf dengan P. Ramlee kepada Michelle Yeoh anak Malaysia yang berjaya di dunia Barat itu, saya juga terkenang kepada seorang dramatis yang menitiskan air matanya apabila menemui saya di sebuah komplek membeli belah di Damansara tidak lama selepas saya bersara dari jawatan menteri. Beliau ialah Fauziah Nawi sebuah nama besar dalam dunia drama negara di radio, pentas dan TV sejak lebih 25 tahun lalu.

Beliau pernah juga berlakon dalam drama sejarah " Malam Haram" (kisah pengharaman Umno) sempena malam 50 tahun Utusan Melayu. Skripnya di tulis bersama oleh saya dan Ku Seman.

Saya tidak tahu kenapa Fauziah menangis tetapi melihatnya saya sedih mengenangkan sebagai seorang yang aktif dan terus menerus gigih dalam dunia seni tanah air tetapi sehingga sekarang ini tidak diberikan sebarang penghargaan atau pengiktirafan yang sewajarnya oleh negara.

Sebagai anak seni Fauziah tidak pernah merasa sedih dalam hal ini, tetapi beliau menyuarakan dalam sebuah blog tentang penghargaan masyarakat Singapura kepadanya apabila tidak lama dahulu, beliau membuat pementasan solo berjudul “Cinta Julia” di Esplanade Singapura. Seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual.

"Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam," katanya.

"Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya kepada para wartawan di Singapura.

Saya terkenangkan lagu P. Ramlee: Dunia ini hanya palsu …
 — zamkata.blogspot.com

Tiada ulasan: