"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah Ku Li sudah siap bersilat?

tokpepijat
Bermula dari calon UMNO yang tewas di Batu Pahat Puad Zakarshi, melarat ke Negeri Sembilan dan kini menjangkit pada Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi pula.
Virusnya, "Jawatan Presiden dan Timbalan tidak perlu dipertandingkan". Virus ini dipercayai bakal "diratib" secara kuat-kuat di seluruh negara menjelang waktu pemilihan.

Macamana pula reaksi Tengku Razaleigh dengan cadangan tersebut?

Sebelum perlembagaan UMNO tentang kuota pemilihan dipinda, Ku Li adalah calon tunggal mencuba melepasi kuota kelulusan untuk bertanding jawatan Presiden.Malangnya kerana puaka kuota tersebut, Ku Li tidak layak.

Kini, puaka kuota tersebut telah dihapuskan. Sesiapa sahaja boleh bertanding untuk jawatan tertinggi UMNO samada Presiden ,Timbalan maupun Naib Presiden.

Hatta Saiful Bukhari pun boleh bertanding jika beliau ahli UMNO.

Barangkali Ku Li akan persetankan kenyataan pengampu-pengampu seperti Puad, Zahid dan Mohammad Hassan.

Proses pemilihan kali ini, format baru akan digunakan iaitu berdasarkan beberapa pembaharuan yang telah dibuat dalam Perlembagaan parti antaranya pemilihan jawatan MT hingga Presiden dilakukan oleh hampir 150,000 perwakilan di 191 bahagian.

Perlembagaan baru UMNO telah digubal tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada pemilihan tahun ini.

Dengan perlaksanaan perlembagaan baru UMNO ini, tentunya peluang Ku Li untuk mencabar terbuka luas.

cumanya kini, perlukah Ku Li buat satu pasukan regunya seperti dahulu? Seperti team Ku Li-Musa, Team Wawasan Anwar.

Barangkali regu terbaik Ku Li adalah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dilaporkan dalam "kebingungan" lantaran kenyataan "tok gurunya" Dr Mahathir di London.

Sudikah Muhyiddin jadi regu Ku Li ?Jika Muhyiddin tidak sudi,Ku Li kena berjuang berseorangan.

Tiada ulasan: