"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara Musa Hitam, Tengku Razaleigh Dan Anwar Ibrahim... Kalaulah....

matuse68
Kalaulah dahulu Musa Hitam tidak menyerah kalah awal ketika berkonflik dengan Mahathir Mohamad, mungkin perubahan politik Malaysia berlaku lebih awal.

Begitu juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Setelah dua kali masuk pilihan raya menentang Barisan Nasional pada tahun 1990 dan 1995, beliau menyerah kalah.

Kedua-dua membawa agenda pembaharuan juga. Musa menerima dan membenarkan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuasa setelah menang pilihan raya negeri di situ. Tindakannya menimbulkan kemarahan Mahathir. Tengku Razaleigh dengan manifesto Selamatkan Malaysia mampu membaewa PAS dan DAP dalam satu pakatan menentang Barisan Nasional di atas agenda pembaharuan.

Tetapi kedua-duanya menyerah kalah di tengah jalan. Musa menghentikan perlawanannya menentang Mahathir dan menerima tawaran jawatan bukan politik.

Tengku Razaleigh bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan menerima tawaran bergabung dengan Umno Baru dengan pengikut-pengikutnya dilantik dalam kabinet.

Itu bezanya Anwar Ibrahim dengan Musa dan Tengku Razaleigh. Beliau meneruskan perlawanannya walaupun melalui banyak kesusahan, berbanding Musa dan Tengku Razaleigh.

Namun begitu sebenarnya, Anwar ada ketikanya seolah-olah menyerah kalah. Selepas beliau dibebaskan, beliau menghilang ke luar negara untuk jangka masa panjang.

Tindakannya itu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat. Hanya setelah timbul rasa tidak senang itu, beliau kembali ke tanah air dan mula menyusun langkah.

Namun begitu jika partinya tidak ada, mungkin beliau juga tidak terdorong untuk meneruskan perjuangan. Ketika mula-mula hendak ditubuhkan Parti Keadilan Nasional, Anwar berada dalam penjara.

Terdapat perdebatan sama ada wajar ditubuhkan parti bagi menyokong agenda Reformasi Anwar. Ada sesetengah berpendapat adalah lebih baik gerakan Reformasi kekal sebagai NGO yang ketika itu bernama Adil.

Tetapi sekiranya ia merupakan NGO, Adil tidak akan menjadi pencabar kepada Umno, apatah lagi Barisan Nasional. Apakah perjuangan Adil? Menuntut keadilan untuk Anwar dan jika berjaya, Anwar kembali kepada Umno.

Ketika Musa menentang Mahathir, banyak pengikutnya yang bersedia untuk menubuhkan sebuah gerakan perjuangan. Tetapi ia dipatahkan oleh Resolusi Melayu Johor (RMJ) dan keengganan Musa untuk menentang Umno. Maka sebahagian pengikut Musa menyertai Parti Semangat 46.

Tiada ulasan: