"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kakak Siti Aishah tiba di London: 'Jika saya tak jumpa dengan dia, saya tak akan pulang'

FotoRombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi, lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.
Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.

Beliau turut berkata, rombongan berkenaan turut diserbu wartawan di London sejurus keluar dari lapangan terbang.

"Cikgu Kamar menunggu Dean untuk pergi minum pagi dan berbincang apa yang perlu kami lakukan," katanya lagi.

Kamar yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100% Siti Aishah adalah adiknya, tetapi naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: