Mummy Rokiah
Ahmad Said bukanlah jejaka yang hensem atau tampan sangat jika di bandingkan dengan MB-MB lain dalam negara ini. Tetapi Ahmad Said berjaya menarik perhatian politik Malaysia dan mungkin pejabat Obama apabila beliau pandai melentur besi ketika masih panas (Strike the iron while its hot).
Ahmad Said tahu di dalam politik khasnya UMNO tidak pernah ada kesetiaan dan kenang jasa kepada pemimpin mereka yang sudah tidak ada jawatan. Kerapkali berakhir menjadi kupang tembaga. Perjuangan adalah istilah ritorik semata-mata setelah pemimpinnya galak dengan mainan politik wang.
Baik dari ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi hinggalah ke pemimpin atasan. Kesetiaan ahli akar umbi juga boleh berubah pada bila-bila masa apabila mereka meluat dengan keangkuhan pemimpin mereka yang sering lupa daratan apabila berkuasa. "Ada wang semua jadi, tidak ada wang lu pi mati".
Ketika ini dan hari ini harga politik Ahmad Said tidak ada nilai nya dalam pasaran malah tidak mampu dijual beli. Jika Ahmad Said dan dua lagi rakannya berdegil mahu keluar parti tidak mustahil bakal berlaku pilihanraya kecil di Teranganu dan belanja prk bukan sedikit. Di samping itu belum tahu samada BN/UMNO akan menang atau terguling tunggang-langgang.
PRK satu hal, sebaliknya yang paling tidak ada taranya nilainya ialah harga maruah kepimpinan Najib dalam pasaran. Sanggupkah Najib berselfie dengan muka hitam legam diconteng arang oleh Ahmad Said rakan politik seanggkatan dengannya sejak dari pemuda UMNO lagi?
Jika patut diberi angpow kepada Ahmad Said ia bukan suatu tindakan yang bodoh tetapi ia adalah tindakan yang bijak malah Ahmad Said "deserved it" daripada berakhir dengan kerjaya politik menghitung syiling kupang dan tembaga. Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan