"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang wanita turut dibunuh selepas lihat kejadian bunuh

Petaling Jaya: Malang buat seorang wanita warga tempatan berusia 40 tahun yang menjadi mangsa keadaan, apabila dia dibunuh selepas melihat kejadian bunuh di depan pusat karaoke di Jalan PJS 8/13, Sungai Way, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.25 pagi itu, tiga lelaki pada mulanya menyerang seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun menggunakan parang dan rantai sehingga mati sebelum menyerang wanita itu yang melihat kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, serangan terhadap pemuda warga Indonesia itu dipercayai bermotifkan dendam.

“Seorang wanita yang juga penyelia pusat karaoke di tempat kejadian turut diserang sehingga mati kerana melihat pemuda Indonesia itu dibunuh.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
-hmetro-


Tiada ulasan: