"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MANA AKHLAK: Kurang ajar!!! Pemuda terajang lelaki tua (video)

FMT Reporters
Perbuatan seorang pemuda menerajang lelaki tua di sebuah kedai makan menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan akhlak masyarakat kita, khususnya mereka yang beragama Islam.
terajang-VID
terajang-VID
PETALING JAYA: Perbuatan seorang pemuda menerajang lelaki tua di sebuah kedai makan menimbulkan persoalan terhadap nilai moral dan akhlak dan generasi muda.

Dalam rakaman video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Anna Rubysha, ia menunjukkan pemuda yang duduk bersebelahan mangsa bertindak menendang dua kali ke arah lelaki berkenaan.
1484391_902620373113372_8213612360747759689_n
Tidak cukup dengan itu, dia mengangkat kerusi dan cuba membalasah sebelum ia berjaya di halang oleh salah seorang perempuan yang berada berdekatan.

Berdasarkan komen dalam Facebook berkenaan, tiada lokasi dan tarikh kejadian diberikan.

Beberapa jam selepas visual berkenaan tersebar, salah seorang pembaca yang mengenalkan dirinya sebagai Norhashimah Saad memaklumkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Pian telah meminta maaf kepada lelaki berkenaan.

Ia dikatakan berpunca selepas dia menampar anaknya.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku menimbulkan tanda-tanya kewajaran lelaki tua itu diperlakukan walaupun ia telah menampar anak Pian.
-fmt-

Tiada ulasan: