"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PasMa perlu jawab kenapa mahu jadi parti politik? - Prof Agus


SHAH ALAM: Apa perlunya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dinaiktaraf menjadi parti politik?, soal Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof.

Persoalan itu perlu dijawab oleh kepimpinan PasMa, kata penganalisis politik itu.

"Perlukah PasMa menubuhkan parti baru? Dalam negara demokrasi, pertanyaan itu untuk PasMa yang jawab," ujarnya menerusi laman Facebooknya.

Malah Agus berkata jika tujuan PasMa menjadi parti politik semata-mata untuk menyertai pilihan raya ia bukanlah pilihan yang baik.

"Jika pun PasMa tidak bersetuju dengan kepemimpinan PAS, menubuhkan parti baru untuk tujuan menyertai pilihan raya bukanlah pilihan yang baik.

"Tapi bagi saya, sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan untuk bertahan. Dalam PAS kita pernah ada Hamim dan Berjasa. Dalam Umno kita pernah ada S46 (Semangat 46).

"Parti serpihan ini tidak bertahan lama," katanya.

Sebaliknya Agus berkata adalah lebih baik untuk PasMa terus berjuang di dalam PAS atau sebagai NGO.

"Pilihan yang baik ialah terus berjuang dalam PAS. Jika masih tidak bersetuju dengan kepimpinan PAS, sertai UMNO atau PKR atau terus berjuang sebagai NGO," tambahnya.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Ahad memberitahu terdapat desakan yang kuat untuk NGO itu dinaiktaraf menjadi parti politik.

Bagaimanapun, keputusan bersabit perkara itu hanya akan diputuskan pada Jun depan. 
-AntaraPos

1 ulasan:

Istiqomah berkata...

Betul tu. ahli Pasma patut join PKR atau DAP.