"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tun M minta siasat menteri yang hidup mewah

Adam Abu Bakar
Beliau mengingatkan bahawa Malaysia sudahpun disenaraikan sebagai antara 10 negara yang jenayah rasuah begitu berleluasa.
PETALING JAYA:Tun Dr Mahathir Mohamad kesal apabila wujud pilih kasih secara terang-terangan dalam siasatan jenayah di negara ini.

Mantan Perdana Menteri berkata, perbuatan itu bercanggah dengan undang-undang Malaysia yang kononnya diguna pakai untuk semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat serta-merta pegawai-pegawai kerajaan yang hidup mewah berbanding pendapatan amat dikesali kerana perkara sama tidak dilakukan terhadap menteri di negara ini.

“Siasatan tidak dibuat apabila menteri atau individu diketahui hidup terlalu mewah sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan pula akan disiasat,” tulisnya diblog www.chedet.cc.
Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia sudahpun disenaraikan sebagai antara 10 negara yang jenayah rasuah begitu berleluasa.

Beliau berkata, tindakan LHDN yang enggan menyiasat kehidupan mewah menteri dan individu tertentu sama seperti jabatan kerajaan yang enggan mengambil tindakan terhadap laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB.

“Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan pengubahan wang haram,” tegasnya.

Dr Mahathir mengakui kliniknya pernah diserbu dan digeledah LHDN suatu mada dahulu dan diarah membayar cukai tambahan selepas semua penjelasan yang diberikan tidak diterima.
-fmt-

1 ulasan:

mohamad berkata...

Kalau betul nak siasat takdak sekor pun menteri yg tinggal lagi. Semua masuk jel. Hahaha. Mana ada menteri tak rasuah? Kalau tak rasuah, komisyen, kalau tak pun make up harga projek. Paling sengkek peruntukan parlimen digomol. Kalau umno ditakdirkan jatuh lah, bila umno tak boleh lagi pegang karung harta, aku jamin umno mampu bertahan setahun dua jer bila tak ada duit. Semua cawangan tinggal nama saja, ahli dah belah sebab biasanya ahli ni mamat2 yg makan upah. Bila duit tak ada nak harapkan pemimpin nak keluar duit? Maaf laaaa..... baik buat belanja anak bini.