"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inlah Lapan Lanun Yang Disyaki Merampas MT Orkim Harmony Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Vietnam

Lapan orang lanun yang disyaki merampas MT Orkim Harmony ditahan di Pulau Tho Chu, Vietnam. -foto Ihsan Panglima TLDM
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan lapan lanun yang disyaki merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di negara itu awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, penahanan ini dilakukan ketika mereka dipercayai cuba meloloskan diri daripada buruan aset-aset kapal dan udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta APMM.

"Kesemua suspek ditangkap selepas menceroboh menggunakan bot di perairan Vietnam iaitu 80 batu nautikan barat negara itu dan kini disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam.

"Kita sedang mendapatkan kerjasama Vietnam menerusi pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membawa kesemua suspek ke Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan," katanya pada sidang media Operasi Mencari dan Menyelamat MT Orkim Harmony di ibu pejabat APMM di sini, Jumaat.

Ahmad Puzi berkata, APMM akan membuat siasatan secara terperinci yang memberi fokus kepada kejadian penculikan dan cubaan merompak kapal MT Orkim Harmony.

"Kita akan menyiasat di bawah Akta APMM 2004 (Akta 633) Seksyen 6(3)(c) iaitu bagi pencegahan dan penyekatan pelanunan," katanya.

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony tersebut dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi Jumaat namun salah seorang daripada mereka yang merupakan tukang masak warga Indonesia cedera ditembak ketika kapal itu dirampas pada 11 Jun lalu.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi Sabtu.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
-mstar-

Tiada ulasan: