"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kalau saya ada, mungkin ada yang mati. Jangan cabar saya,' - Bung Moktar

Berang dengan satu protes yang diadakan di luar kediamannya di Ampang, Ahli Parlimen Umno Bung Moktar Radin berkata "mungkin ada yang mati" jika beliau berada di rumah ketika insiden itu.

Katanya, sekumpulan wanita dari Ampang telah menceroboh rumahnya hari ini, sambil memegang sepanduk dan antara lain melaungkan 'reformasi'.

Bung Moktar berkata laporan polis telah dibuat sambil menambah bahawa apa yang berlaku dalam Dewan hendaklah diselesaikan di Dewan.

"Jangan biadap," katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.


Bung berkata, protes itu, yang diadakan sebagai tindak balas terhadap kenyataannya yang didakwa 'seksis' terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, merupakan satu bentuk gangguan terhadap keluarganya.

"Nasib baik saya tidak ada. Kalau saya ada, mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya," tegasnya.

Memetik Peraturan Mesyuarat 36, Bung menuntut Dewan Rakyat merujuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan untuk tindakan disiplin.

Berikutan itu, Hee Loi Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) bangun memprotes kata-kata Bung itu yang seterusnya mencetus perang mulut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: