"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Finalis Singapore Idol musim ketiga, Sylvia Ratonel peluk Islam (Gambar)

Finalis Singapore Idol musim ketiga, Sylvia Ratonel, mengucap dua kalimah syahadah di Pusat Islam Darul Arqam, baru-baru ini.

Berdasarkan kemas kini pada akaun Instagramnya, majlis itu kemungkinan besar berlangsung pada hari Sylvia menyambut hari lahirnya yang ke-27 iaitu 14 Jun lalu.

Sylvia atau nama sebenarnya Sylvia Anne Ratonel dipercayai memilih nama Nur Sylvia Ratonel sebagai nama baru.

Ramadan kali ini juga merupakan pengalaman pertama Sylvia mengerjakan ibadah puasa.

Di samping memuat naik sekeping gambar, Sylvia mencatatkan: "Hari ini saya bermula seperti seorang bayi baru lahir. Saya berterima kasih kepada ramai orang yang saya temui sepanjang hidup saya, yang sudah membantu saya dalam perjalanan saya sehingga ke peringkat ini, dan (saya) akan terus belajar sebanyak mungkin untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih baik.

"Saya tidak dapat luahkan betapa saya bersyukur kepada sokongan yang saya ada dari teman-teman dan keluarga… Nur Sylvia Ratonel."


Nur Sylvia merupakan satu-satunya peserta wanita dalam saingan akhir Singapore Idol pada 2009 dan muncul sebagai naib juara.

Lagi Gambar

-malaysiakini-

Tiada ulasan: