Malang bagi seorang wanita apabila dia ditolak ke dalam syaf lif oleh anak sendiri berusia dua tahun.
Xie Hong Feng, mangsa ditemui mati dalam keadaan terbaring dalam lubang lif dipercayai terjatuh semasa cuba mencari kunci.
Kejadian berlaku di sebuah lif di bandar raya Ningbo, timur China.
Menurut pengurus premis tersebut Yang Shao, ketika mangsa sedang mengambil keluar sampah,kuncinya tercicir ke dalam lubang lif apabila dilihat menuruni bangunan dengan mengunakkan lif tersebut.
“Saya beritahu Feng akan tinggikan lif satu tingkat secara manual supaya dia boleh cari kuncinya yang terjatuh dalam lubang diantara lif dan tingkat 5 itu.”
“Selepas itu, saya pergi melihat sama ada Feng telah temui kuncinya, tetapi hanya ternampak budak lelaki,2, berdiri di situ keseorangan,” kata Yang Shao,52 tahun.
Apabila ditanya Shao kemana pergi ibunya kepada anak mangsa, dia berkata telah menolak ibunya ke dalam lubang lif.
Maka pengurus bangunan itu segera memandang ke bawah lif dan temui mayat mangsa terbaring di situ.
Dalam pada itu, Shao dikatakan telah menghubungi pihak polis dan membawa anak mangsa bersamanya.
Difahamkan, polis tidak dapat menentukan kejadian sebenar kerana tiada kamera pengawasan di tingkat tersebut melainkan dalam lif sahaja.
Walaubagaimanapun, polis tidak akan memfail kes ini malah merumuskannya sebagai satu kemalangan dan maklum bahawa terpaksa percaya keterangan yang diberi oleh anak mangsa dalam hal ini.
Manakala suami mangsa Tang Hsieh, 50 terkilan akan kejadian itu berkata bukan sahaja isterinya sudah meninggal dunia sekarang, tetapi anaknya juga terpaksa menanggung rasa bersalah sepanjang hidup kerana menjadi punca kematian ibu sendiri, menurut laporan Mirror.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan