"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Langkah Azmin Sonsang !!!

WFAUZDIN NS
TINDAKAN Azmin, MB Selangor yang menyebut Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor satu perkataan yang bersifat seperti angkuh.Apakah Azmin merasakan Pakatan Harapan itu tidak mendapat sokongan kuat dari akar umbi berbilang kaum dan fahaman politik? Bukankah majoriti dari mereka ini menyokong terdirinya kerajaan Selangor kini di bawah Azmin? Azmin bukan teruk sangat. Azmin yang suka menjadikan dirinya teruk.

Kalau Azmin belum bersedia sekalipun untuk mengisiharkan Kerajaan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, sekurang-kurangnya dia tidak perlu berkata Pakatan Harapan itu tiada kaitan dengan Selangor.

Bayangkan, pada waktu pilihanraya nanti apabila kita berkempen, rakyat menjawab "kami tiada kaitan dengan kamu dan parti kamu". Apa perasaan kita waktu itu?

Azmin tidak perlu menjadi MB yang mudah dicucuk hidung oleh kumpulan minoriti.

Kita bukan mahu Azmin menjadi pak angguk kepada sesiapa, kita cuma mahu setiap pemimpin mesti akur dengan disiplin berorganisasi dan mesti menghormati keputusan bersama. Mengapa Kerajaan Negeri P.Pinang lebih berdisiplin di dalam hal ini?

Tiada ulasan: