"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS akan minta penjelasan dari tiga Ahli Parlimennya yang tolak bajet

KUALA LUMPUR: Tiga ahli Parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 pada sesi pengundian belah bagi di Parlimen semalam akan diajak minum petang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah mengajak ahli Parlimen itu adalah bagi mendapatkan penjelasan, mengapa mereka bertindak demikian.

“Kita belum fikirkan lagi tindakan disiplin. Saya tidak rasa begitu. Jangan nampak ia satu perkara yang serius. Kita pergi minum kopi, panggil mereka minum petang tanya apa jadi semalam,” katanya ketika ditemui pemberita, di Parlimen pada Selasa.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan perkara itu bukanlah satu kes besar sebaliknya, ia hanyalah isu kecil.

“Pada saya isu ini kecil sahaja, tidaklah sebesar mana. Lagipun tiga orang sahaja ia tidak beri kesan kepada parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Takiyuddin menafikan bahawa Pas kini semakin lemah apabila mengekang ahli Parlimennya untuk menyatakan pendirian.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, Pas memberikan kebebasan kepada mana-mana ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan pendirian masing-masing.

“Kita beri kebebasan, kita beri arahan tapi bukan dalam paksaan. Tetapi jika ambil kaedah mereka sendiri, parti akan panggil untuk dapatkan penerangan dari mereka kenapa bertindak sedemikian. Tidaklah sampai tatatertib disiplin,” katanya lagi.

Antara tiga ahli Parlimen dari Pas yang mengundi menolak bajet semalam adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.

Langkah yang diambil oleh tiga ahli Parlimen Pas itu sekaligus mengingkari arahan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lepas. 
-FMT-

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bodoh punya takiyuddin. Mereka ini ada pendirian lah bodoh. Besok bodoh macam kau dan gang jahannam kau yg rakyat jugak berkecuali dari mengundi kau semua. Bodohhhh

Unknown berkata...

Benda yg betul dan baik untuk rakyat.... Buat apa kau nak mintak penjelasan... Bodohhhhhhhhh