"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warden Penjara Didakwa Masukkan Jeri Ke Dalam Kemaluan Anak Kandung

Cabul anak sendiriSHAH ALAM: Seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya tergamak melakukan perhubungan seks dengan kanak-kanak berumur 12 tahun itu dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kerelaannya.
Perbuatan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pada Khamis.

Tertuduh yang bekerja sebagai warden penjara mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di kompleks penjara berkenaan yang terletak di dalam Selangor, kira-kira pukul 9 pagi pada 26 Oktober lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh serius dan jika dibenarkan diikat jamin, dibimbangi lelaki itu akan mengganggu saksi yang kebanyakannya anggota keluarga.

Peguam Suzana Norlihan yang mewakili tertuduh pula tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung isu jaminan itu.

"Anak guam saya tidak mahu mangsa dihantar ke tempat lain sekiranya dia (tertuduh) dibenarkan diikat jamin kerana bimbang pelajaran anaknya terjejas.

Tertuduh rela direman di Penjara Sungai Buloh," katanya.

Hakim Slamat kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.
-mstar-

Tiada ulasan: