"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita cuba bunuh diri gara-gara merajuk dengan teman lelaki


Wanita-
Shah Alam: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki, seorang wanita nekad terjun dari tingkat satu sebuah rumah dalam satu kejadian di Bandar Echo Setia di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.51 pagi itu, hasrat wanita berusia 30-an itu untuk terjun daripada rumah teres dua tingkat itu berjaya digagalkan apabila dia diselamatkan oleh anggota bomba yang menerima maklumat daripada orang awam.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, seramai enam anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya berjaya dipujuk oleh anggota bomba dan orang ramai.

“Hasil siasatan pihak kita mendapati, mangsa bertindak sedemikian kerana merajuk dengan teman lelaki. Beliau juga dikatakan telah melakukan mogok lapar sebelum bertindak untuk terjun dari tingkat satu rumah terbabit.

“Bagaimanapun kita berjaya menyelamatkan mangsa daripada cubaan terjun. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi. 
-kosmo-

Tiada ulasan: