"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disebabkan polis mengabaikan Peraturan Lokap 1953, RM 357,500 duit rakyat hangus

Mahkamah arah k’jaan, polis bayar keluarga RM357,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan dan polis supaya membayar RM357,500 sebagai pampasan kepada keluarga pemandu lori P Chandran yang meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dan Wangi, empat tahun lalu.

Hakim S Nantha Balan, dalam alasan bertulis setebal 86 halaman, bersetuju dengan penemuan koroner Ahmad Bache bahawa kematian Chandran boleh dielakkan sekiranya polis menjalankan kerja dan tanggungjawab mereka.

Hakim memutuskan bahawa polis dan kerajaan bertindak cuai dengan tidak menghantar Chandran ke hospital dan mengabaikan tugas mereka dalam menjaga lelaki itu.

"Pada pandangan saya, jika pihak polis dan anggota yang meronda serta mereka yang memantau CCTV di IPD Dang Wangi menjalankan tugas mereka, tentulah mereka akan mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan si mati, terutama pada awal pagi 10 September 2012.

"Mereka sepatutnya campur tangan dan hantar si mati ke hospital tetapi ternyata bahawa setiap mereka yang bertanggungjawab menjaga tahanan mengikut Peraturan Lokap 1953, mengabaikan tanggungjawab dan membasuh tangan mereka dalam perkara ini," katanya.

Chandran, yang ketika itu berusia 47 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung apabila pihak polis tidak memberi atau membenarkan perubatan yang berkaitan dengan kesihatannya.

Adalah dilaporkan semasa penemuan inkues, polis hanya menyedari kematiannya di lokap selepas 12 jam kemudian.

Lelaki itu ditahan susulan laporan polis ke atasnya oleh seorang wanita Indonesia yang mendakwa bayinya dilarikan tetapi kemudiannya dikenalpasti ia telah diberikan sebagai anak angkat.
-malaysiakini

Tiada ulasan: